SEBELUM MENAJA

By jutawandesquera2u

http://www.impianwarisan.com

Apa yang perlu anda lakukan sebelum menaja? Apabila anda menaja, bermakna anda sedang mengusahakan dan menjayakan Pelan Pemasaran Impian Warisan.Wang,harta dan kejayaan hanya jika pelan Pemasaran Impian Warisan berjaya. Jika gagal, impian anda hanya tinggal impian.Pelan Impian Warisan Desquera hanya boleh dijayakan jika anda menaja. Itulah Langkah anda untuk menjayakan pelan Impian Warisan Desquera. Ia adalah berkait antara satu sama lain dan ia juga adalah asas kejayaan anda di dalam desquera:

1- Impian anda hanya boleh dicapai jika produk desquera dapat ketangan pengguna. Berapa banyak? Sebanyak mungkin berulang-ulang. Adalah mustahil anda boleh menjual produk desquera dengan begitu banyak seorang diri. Kerana itu,anda perlu menaja,kerana menaja sebenarnya ialah mencari orang yang mahu sama-sama memasarkan produk.
2- Pelan pemasaran dicipta adalah untuk memasarkan produk. Ganjaran yang terdapat didalam pelan pemasaran adalah berasaskan jumlah jualan produk.Jadi sebenarnya, pelan pemasaran hanya boleh dijayakan jika anda menaja,mendapatkan orang (rakan kongsi) yang berminat untuk sama-sama memasarkan produk.
3- Kaitan ketiga-tiganya ialah memasarkan produk, pelan pemasaran, menaja jangan sekali-kali diputuskan. Ketiga-tiganya saling berkait.

Membina Jaringan
Tujuan sebenar menaja adalah untuk membina jaringan.Tujuan membina jaringan pula adalah untuk meluaskan pasaran produk dan dalam masa yang sama membina bisnes anda.Jaringan yang luas dan bisnes yang maju sudah tentulah menjadikan impian yang boleh diwarisi menjadi kenyataan.
Banyak salah faham tentang menaja ini.Salah anggap dan salah faham inilah yang menggagalkan usaha.
1- Menaja tidak menghasilkan bonus.Kesilapan;hanya menaja semata-semata tanpa memikirkan motif dan impak dari menaja.Motif menaja adalah untuk mendapatkan orang yang mahu bekerjasama memasarkan produk atau menyampaikan produk ke tangan pengguna. Menaja tidak menghasilkan bonus melainkan menaja itu adalah untuk mendapatkan orang dan jaringan yang berkerjasama memasarkan produk.
2- Tajaan bukan pekerja.Impiannya;menaja ramai-ramai dan duduk diam-diam goyang kaki,wang masuk setiap bulan.Sama seperti perkara lain di dunia ini untuk mendapatkan wang, anda mesti bekerja.
3- Menaja kemudian ditinggalkan. Hanya seronok menaja sahaja.Ini satu lagi kesilapan kerana tidak mengetahui motif dan impak menaja.Ada tugas lain yang penting sekali iaitu membina jaringan/bisnes.Anda mesti membimbing tajaan anda sehingga mereka boleh berdikari dan membina jaringan bisnes sendiri.
4- Tidak ada gunanya jika hanya anda seorang yang berjaya menaja tetapi tajaan anda tidak tahu atau tidak menaja.Kunci kajayaan sebenar di dalam Desquera ialah kerjasama,tolong menolong dan bantu membantu.Anggaplah sebagai keluarga yang disayangi,anda mesti menolong dan membantu tajaan anda.Bantu mereka menaja jika mereka tidak tahu atau belum berapa pandai menaja.
Membina jaringan dimulakan dengan membina kumpulan anda sendiri.Membina kumpulan pula dimulakan dengan membina tajaan baris pertama.Kerana itu dikatakan,tajaan baris pertama anda begitu penting sekali.Pastikan mereka boleh menjadi seperti anda iaitu meneruskan menaja dan memperoleh tajaan berkualiti.
Jangan hanya menaja sebaliknya tumpukan memperoleh tajaan berkualiti supaya akhirnya anda berjaya membina jaringan yang besar dan berjaya.

http://www.impianwarisan.com

Tags: , , , , ,

Leave a Reply