PENCAPAIAN IMPIAN WARISAN.

By jutawandesquera2u
Anda telah mengetahui begitu banyak kebaikan dan potensi perolehan anda yang tersedia untuk anda di dalam desquera. Jika anda tidak mengambilnya, orang lain yang percaya dan gigih akan mengambilnya.
Semenjak MLM wujud di Malaysia (1976),jumlah wang yang diperolehi dari MLM, angkanya mencecah puluhan billion ringgit.tidakkah anda akan hanya berputih mata melihat orang lain mengaut wang dan kejayaan tanpa henti dari MLM.
“Jikalau bukan sekarang,bila lagi?”Belum terlambat kerana di
Desquera,peluang sentiasa terbuka.Jika sekiranya 5 tahun lepas.anda menyesali hari ini:bagaimana 5 tahun akan datang jika hari ini anda masih lagi seperti 5 tahun lepas?Anda akan mendapat apa yang anda dapat,jika melakukan apa yang yang selalu anda lakukan.
Sesalan tidak mendatangkan wang dan kejayan.Tindakan yang menghasilkan wang dan kejayaan.
 

TINDAKAN DARI CAKAP.
Tindakan ‘bercakap’ lebih kuat dari cakap.Cakap-cakap tidak pernah mendatangkan kesenangan sebaliknya hanya mendatangkan kesusahan.Kejayaan di dalam desquera menghendaki bertindak bukan bercakap-cakap.
Anda boleh bercakap sepanjang hari,tidak ada sesiapa yang melarang.Duduk-duduk, sembang-sembang,cakap-cakap di lobi pejabat atau diaman-mana setiap hari tetapi soalnya adakah cakap-cakap,sembang-sembang itu boleh mendatangkan wang?.
Tindakan yang menjadikan bonus anda bertambah,jaringan anda makin melebar;kehidupan anda akan berubah ke arah kebaikan. Ini kerana bercakap mengenai wang tidak menghasilkan wang.Tindakan yang mengubah segala-galanya.Buktinya perhatikan dan semak sendiri kehidupan atau apa saja yang dialami hari ini adalah hasil tindakan pada masa lalu. Apakah yang menghalang anda daripada melakukan tindakan;
-Tidak tahu di mana hendak bermula:Setiap suatu pekerjaan ada langkah pertama dan ada kali pertama.Tuliskan apa yang perlu anda lakukan kemudian buat pilihan,yang mana satukah yang mesti didahulukan dan dijadikan langkah pertama. Jilka masih lagi ragu-ragu,gunakan ‘teknik modeling’bersama penaja atau upline anda.
-Tidak percaya boleh mencapai kejayaan berdasarkan kedudukan anda sekarang,memanglah ia sukar dipercayai. Mulakan dengan impian yang kecil terlebih dahulu.Mulakan dengan impian yang anda percaya 100% bahawa anda mampu dan boleh mencapainya.Selagi tidak percaya tidak akan ada langkah pertama.
-Tidak menjaga pergaulan: Dipercayai inilah yang paling utama iaitu terpengaruh akibat bergaul dengan orang menjadikan cakap-cakap,sembang-sembang sebagai gaya hidup.Selagi rapat dengan mereka selagi itulah akan terus terpengaruh dan terpedaya.Jauhkan diri dari mereka.Tidak ada untungnya bergaul rapat dengan mereka.Tidak ada untungnya bergaul rapat dengan mereka  bahkan boleh merosakkan kehdupan anda.Sebaiknya tanpa ragu-ragu tinggalkan dan hindari mereka kemudian mulakan pergaulan dan bergaul rapat dengan mereka yang rajin dan dinamik.
-Mengaitkan keadaan masa lalu:Jika pada masa lalu pernah gagal di dalam MLM kemudian dikaitkan dengan usaha di dalam Desquera,maka bukan hanya di Desquera,bahkan dimana-mana syarikat MLM pun akan mengalami kegagalan.Kegagalan masa lalu tidak ada kaitan  dengan usaha  hari ini.Sebaik-baiknya ubah perspektif-kaitkan dengan kejayaan masa lalu.Hanya,jika anda mengaitkan dengan kejayaan masa lalu,barulah akan ada tindakan ke arah kejayaan.
DIMULAKAN DENGAN KEINGINAN
-Segala rupa pencapaian didunia ini adalah dimulakan dengan keinginan.Pencapaian impian di Desquera pun dimulakan dengan impian.Kekal ia sebagai impian atau angan-angan jika tidak ada keinginan untuk mencapainya.
  > Menumpukan pandangan dan pendengaran kepada mereka yang berjaya didalam MLM dan juga Desquera boleh menjadikan anda berkeinginan. 
> Bergaul rapat dengan orang-orang yang berjaya di dalam MLM dan Desquera juga menguatkan keinginan anda. 
> Membaca kisah-kisah kejayaan orang yang berjaya(bukan sahaja MLM) juga menjadikan anda mempunyai keinginan yang kuat. 
 > Sentiasa mengingati impian (sehingga berkali-kali dalam sehari) juga menjadikan keinginan semakin hri semakin kuat.
-Keinginan hanya pembuka sahaja.Ia mestilah di tukar menjadi keperluan,barulah tidak ada sebarang alasan untuk tidak bergerak mencapai impian.
-Bagaimana menukar impian kepada keperluan?Ini sebahagian dari caranya:
  > Anggap anda bergantung harap kepada impian anda itu.Tidak ada cara lain untuk mencapai impian anda selain melaksanakan segera Pelan Pemasaran Impian Warisan. 
 > Menambah kekerapan mengingati impian anda yang mahu dicapai berlandaskan Desquera.Kalau dulu 10 kali sehari,tambahkan sehingga 50,100 kali sehari.Anda akan merasakan sendiri ia bukan  lagi keinginan sebaliknya ia adalah keperluan,anda  tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak segera mencapai impian anda. 
 > Anggap anda telah pun mencapai impian anda itu.Jangan sekali-kali anggap anda sedang berusaha untuk   mencapainya,sebaliknya anggap telah pun berada’dalam genggaman’. 
 
 SET BOLEH
-Fizikal dan mental kita boleh diprogram mengikut kehendak kita.Apabila kita set kepada boleh,maka kita akan berusaha supaya ia boleh dijayakan.Oleh kerana ada pilihan,boleh atau tidak boleh,bukankah lebih baik anda set kepada boleh?
  > Jikalau set kepada boleh,sudah tentu langkah dan usaha anda dihalakan kepada boleh semata-mata.Anda menjadi yakin boleh  dan dapat mencapai impian berbanding jikalau anda set kepada tidak boleh. 
 > Sekiranya berbelah bagi antara boleh dengan tidak boleh,segera matikan perasaan itu dan bertanya,”Kalau tak boleh apa   yang akan saya dapat?” Dan seterusnya,”kalau boleh pula,apa yang akan saya dapat?
-Manusia memang dilahirkan dengan’Potensi boleh’ tetapi manusia sendiri yang selalunya menetapkan’tidak boleh’.
BUAT BAIK DENGAN SEMUA ORANG
-Mungkin ada yang mengatakan “berbuat baik dengan semua orang tidak ada kena mengena dengan kejayaan bersama Desquera”.Tapi orang-orang yang berjaya didalam apa saja bidang akan mengekalkan sikap “berbuat baik dengan semua orang.”Tidak ada ruginya,bahkan banyak sangat untungnya.
-Sebaliknya apakah keburukan atau keuntungan yang akan anda perolehi jika tidak berbuat baik dengan orang?Mana satu menguntungkan anda?Berkawan atau bermusuh?
-Berhentilah dari membuat dan mencari musuh sebaliknya sentiasa mencari jalan dan cara untuk menambahkan bilangan sahabat.
KESETIAAN BERSAMA DESQUERA
-Satu lagi contoh didepan mata sejak dari dahulu.Pernahkah anda melihat:
   > Orang yang ‘melompat-lompat’ didalam MLM.Adakah mereka sukses?Kalau sukses,berapa lama bertahan?  
  > Orang yang setia dalam satu-satu syarikat MLM selagi syarikat tersebut bertahan.Adakah mereka sukses?Kalau sukses berapa  lama bertahan?
-Cara belajar yang paling murah dan muda ialah belajar dari kesilapan orang lain walaupun mungkin bukan cara yang tepat.Jadi selalu,contoh telah tersedia didepan mata boleh dijadikan sumber pembelajaran supaya anda tidak melakukan kesilapan yang sama.
 
-Apa pula kesan buruk dari ‘melompat-lompat’tanpa henti ini?Sebahagiannya :
  > Menentang arus dari cara sebenar MLM dijalankan.Kerana itulah sukar untuk sukses. 
 > Hanya berkehendakkan’wang segera’ bukan membina kejayaan.Sebagaimana yang diketahui,tidak ada istilah’wang segera di  dalam MLM kerana MLM adalah bisnes iaitu bisnes mestilah dibina. 
> Mencemarkan nama baik dan istilah’leader’pemimpin’ selayaknya adalah setia.Lihat kepada contoh didalam politik apa akan jadi kepada wakil rakyat yang bertukar tukar parti?Layakkah dia mendapat gelaran pemimpin? 
 > Merosakkan nama sendiri membuatkan nama menjadi busuk!Akibatnya?Tidak lagi dipercayai bukan sahaja didalam MLM tapi dalam  apa jua bidang.
-Kesetiaan ada ganjarannya.Kesetiaan ibarat menggali kolam yang mendalam-tidak akan berganjak selagi belum menemui air.Kesetiaan bersama Desquera ada ganjarannya tersendiri.-Ini sebahagian cara untuk setia bersama Desquera:
  > Anggap saja Desquera ini syarikat yang pertama dan terakhir untuk anda. 
  > Belajar dari sejarah lalu-keburukan melompat-lompat pasti akan diterima jika mengamalkan tingkah laku buruk itu. 
  > Menjaga nama adalah komitmen seumur hidup.Janganlah hendaknya diri sendiri yang merosakkan nama sendiri.Berpindah randah mengusung tajaan dari satu syarikat ke syarikat lain hanya merosakkan diri sendiri. 
 > Percaya bahawa impian anda selama ini boleh dicapai di dalam Desquera.Membina kepercayaan bersama DEsquera akan  menjadikan anda setia. 
 > Sekiranya perolehan sekarang sedikit sahaja anda tidak boleh gunakan alasan untuk melompat.Ini kerana memang itulah  sebenarnya apa saja yang bisnes yang dilakukan termasuk MLM mula-mula sedikit lama-lama meningkat banyak. 
 > Semua syarikat MLM,pelan pemasaran adalah sama saja-ada kelebihan dan ada kekurangan.Jadi apa yang dicari jika  sentiasa melompat-lompat dari satu syarikat MLM ke syarikat lain.
 
 http://www.impianwarisan.com

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply