Archive for the ‘Uncategorized’ Category

CARA PALING ASAS MENAJA (PART2)

May 14, 2008
http://www.impianwarisan.com/

Anggap Pertolongan

-Keseluruhan proses penajaan hendaklah dianggap menolong.Bukan sekadar menolong bahkan menolong dengan ikhlas,anda tidak rasa apa walaupun orang yang ditolong tidak mengucapakan terima kasih.Itulah bezanya menolong ikhlas atau tidak.
1-Anda menolong dengan ikhlas memperkenalkan produk Desquera dan pelan pemasaran Impian Warisan Desquera yang mungkin ditunggu selama ini.
2-Jika berminat dan kemudian mengusahakan Desquera dan kemudian mencapai kejayaan anda sebenarnya telah menolong bakal tajaan anda mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.
3-Jika selama ini bakal tajaan memang berminat dengan Desquera tapi ada masalah modal sebenarnnya anda juga telah menolongnya dengan memperkenalkan bisnes yang bermodal kecil.

Jangan Sesekali Mendesak

-Jangan mendesak ,jangan tertekan dan menekan jangan mengasak.Bagaimana perasaan anda sendiri jika orang yang memperkenalkan produk itu mendesak dan menekan anda mungkin anda :
1-membenci dan sentiasa menghindari.Gambaran buruk tentang MLM dan jualan lansung makin menebal.
2-Menyertai,sign up’ kerana terpaksa atau hendak mengambil hati sahaja.Bukan sign heart kerana selepas sign heart selalunya bakal tajaan akan berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan yang tersedia.

-Sebelum memulakan perbincangan untuk menerangkan tentang Desquera ini kita mestilah meminta izin dari bakal tajaan ini:
1-”Bila boleh saya terangkan lebih lanjut?”
2-”Saya tak akan datang lagi kalau tak diizinkan.Jadi bila masa yang sesuai anda izinkan saya datang untuk menerangkan lebih lanjut?”
3-”Apa pendapat anda jika kita boleh bertemu lagi untuk menerangkan keuntungan-keuntungan lain?”

http://www.impianwarisan.com/

CARA PALING ASAS MENAJA

May 10, 2008
Menaja perlukan asas atau permulaan;
1- Pra menaja;Sudah diterangkan pada bab yang lepas
2- Peralatan Menaja; Produk,testimoni, alat bantu menaja
3- Bakal tajaan (lead)
4- Penerangan ringkas
Matlamat anda menaja adalah supaya bakal tajaan;
1- Tahu
2- Minat
3-’Sign -up’(sign heart)
 
Jangan sesekali-kali terlupa akan urutan matlamat menaja itu.Mula-mula sekali adalah supaya bakal tajaan anda tahu mengenai Desquera. Selepas itu barulah datang minat.Jika tidak tahu dan faham tidak akan berminat.Tak berminat tak akan’sign-heart’. jadi matlamat anda menaja adalah untuk’sign heart’.Namun di hujung sana ada matlamat yang lebih utama dan besar iaitu membina jaringan bisnes.Penghujung itu dimulakan dengan permulaan iaitu’sign heart’.
Memecahkan Tembok Halangan
-Menaja ada kadangkala mudah dan berjalan lancar dan ada ketikanya begitu sukar.Ingatlah tidak ada 2 manusia yang serupa dan tidak ada 2 hari yang serupa.Setiap bakal tajaan mempunyai halangan mental(mental block) dan mereka telah bersiap untuk membuat penolakan semasa anda cuba menerangkan.Puncanya ialah kerana:
1-Tidak faham
2-Input di fikiran mereka mengenai MLM iaitu semua mlm sama sahaja.Ini kerana branding dan tingkah laku  orang yang dianggap punca perosak pasaran yang berniat untuk menjatuhkan MLM sahaja.Bukan salah anda tetapi salah ‘leader-leader’yang tidak beretika sebelum anda.
3-Hanya mendengar banyak yang buruk berbanding yang baik mengenai MLM.Mendengar dan melihat kegagalan dan tingkah laku buruk orang dalam MLM menjadikan tidak menghalakan pandangan kepada kejayaan didalam MLM.
-Jadikan kejayaan menaja dimulakan dengan usaha anda untuk memberi kefahaman kepada bakal tajaan :
1-Lebihkan mendengar berbanding bercakap.Mendengar boleh tahu samaada bakal tajaan faham atau belum.Anggapan ‘menguasai cakap’ boleh mendatangkan kejayaan adalah silap sama sekali.
2-Jangan sesekali memotong cakap
3-Jangan sesekali membiarkan fikiran merayau semasa mendengar,dengar dengan penuh minat dan perhatian.
4-Galakkan bakal tajaan anda bercakap contohnya “Bolehkah terangkan lebih lanjut?”Semakin bakal tajaan anda banyak bercakap semakin pasti dia mula memahami.
 
 http://www.impianwarisan.com

SEBELUM MENAJA (PART 2)

May 5, 2008
http://www.impianwarisan.com/

Bersedia Dengan 50 Tidak

Jangan salah faham.Anda bukan menjangkakan kegagalan. Semestinya sejak dari mula lagi anda sudah menjangkakan kejayaan. Adalah mustahil proses penajaan anda berjalan dengan lancar. Jadi untuk mengelakkan kekecewaan, bersedialah dengan 50 tidak atau 50 penolakan. Tidak semestinya terjadi sebanyak 50 kali, tetapi sebaik-baiknya bersedia dengan 50 penolakan sejak dari mula.Selagi belum mendapat 50 penolakan atau 50 tidak,jangan sekali-kali berhenti,jangan sekali-kali berputus asa. Tak berbaloi untuk putus asa sebelum mendapat 50 kali penolakan dalam menaja. Apalah 50 kali penolakan itu dibandingkan dengan Kolonel Sanders (KFC) yang mengalami 1,999 kali penolakan. Mengikut pengalaman masa lalu,’ya’dengan’tidak’adalah seimbang.

Ini bermakna semakin kerap anda mengalami’tidak’ atau ‘penolakan’.'Tidak’yang diterima bukan sia-sia sebaliknya untuk pendidikan anda;
1- Setiap kali menerima penolakan atau tidak,hendaklah dicatatkan dan dipelajari punca terjadinya penolakan itu. Jangan anggap ia sia-sia atau kegagalan sebaliknya anggap sebagi pendidikan. Sesudah dipelajari, dilupakan sama sekali.

2- Anggap’tidak’atau’penolakan’itu sebagai maklum balas. Penting sekali maklum balas tersebut untuk menjayakan usaha anda di masa akan datang. Tanpa maklum balas, adalah sukar untuk mengetahui kelebihan atau kekurangan anda dalam menaja. Maklum balas adalah untuk kejayaan.
3- Anggap’tidak’sebagai motivasi kerana anda sebenarnya semakin hampir dengan’ ya’
Apabila’tidak’sudah’habis’yang tinggal ialah’ya’. Setiap kali menerima ‘ya’ seperti tadi, pelajari apa punca yang menyebabkan menerima ‘ya’ itu. Apa kelebihan yang telah anda lakukan menjadikan anda berjaya menaja dengan cemerlang?Pelajari dan teruskan.

Jangan Anggap Bakal Tajaan Bodoh

Rendahkan ego dan anggap bakal tajaan anda setaraf dengan anda. Jika anda menganggapnya lebih tinggi dari anda boleh menyebabkan anda berasa rendah diri dan takut mendekati. Sebaliknya jika menganggap tajaan anda lebih rendah kedudukannya dari anda, akan menyebabkan
1-Menganggap diri lebih pandai.Ini boleh menjadi punca kegagalan menaja.
2-Boleh terbina anggapan bakal tajaan anda ‘bodoh atau tidak tahu apa-apa. Buruk akibatnya jika menganggap diri kita ini saja yang pandai,orang lain semua bodoh.

Menghormati

-Hilangnya rasa hormat kepada bakal tajaan menjadikan anda dibenci.Kalau sudah dibenci akan sentiasa gagal bukan sahaja dalam menaja bahkan dalam semua urusan MLM.
-Manusia didepan anda (bakal tajaan) walaupun kedudukannya adalah manusia yang mesti dihormati. Setiap manusia walau apa pun tarafnya, jauh disudut hati mereka memang mengharap dihormati. Jadi jangan sekali-kali menghampakan harapan mereka.

Gagal memenuhi kehendak mereka mnyebabkan anda gagal

-Menghormati orang adalah mudah dan boleh terjadi secara natural iaitu menghormati bukan terpaksa menghormati. Secara natural juga anda akan menghormati jika sejak mula lagi anda:
1)menganggap semua orang didepan anda walau apa kedudukannya adalah orang yang penting dan mahu disnggap penting. Jangan abaikan kehendak semulajadi manusia ini.
2)Menghormati dan menganggap penting jangan sesekali kerana terpakasa atau sebab lain. Sebaliknya secara natural anda menghormati dan menganggap bakal tajaan anda orang yang penting.
3)Menyukai orang yang didepan anda. Ada perasaan natural anda menyukai orang yang didepan anda. Anda mencari sebab untuk menyukai bukan mencari sebab untuk tidak menyukai.

Menjangkakan Berjaya
-Tidak ramai menjangkakan berjaya, sebaliknya begitu ramai yang menjangkakan akan gagal. Melangkah sahaja hendak menaja sudah tahu akan gagal. Sudah menjangkakan akan gagal bukan menjangkakan kejayaan.

-Apabila anda menjangkakan kegagalan :
1)Mengharap dan seolah-olah berdoa untuk gagal
2)Apa yang dijangkakan itulah yang diperolehi
3)Gerak laku anda akan menjuruskan kepada tidak boleh, tidak berjaya akhirnya menyebabkan kegagalan.
4)Sikap anda juga akan menjurus kepada kegagalan kerana sudah set akan gagal.
-Hanya perlu menukar jangkaan itu sahaja.

Menjangkakan kejayaan.

Setiap kali hendak melangkah menaja set fikiran dan fizikal anda menjangkakan kejayaan.
1)Bawakan sikap’Tidak akan gagal”. Apa perasaan anda bila anda telah tahu bahawa anda tidak akan gagal?Sudah tentu sikap dan geraklaku anda kea rah kejayaan.
2)Ingati kejayaan masa lalu sama ada berkaitan dengan menaja atau yang tidak ada kaitan dengan menaja.Dengan mengingati kejayaan anda akan menjadi lebih optimis dan menjangkakan kejayaan.
3)Hindari anggapan awal yang negatif.Apa yang dianggap selalunya akan terjadi.Tukar kepada anggapan awal yang positif. Ia sangat menguntungkan anda.

Tak Payah Kerja
-Inilah yang mesti dihindari. Jangan membuat gambaran apatah lagi menerangkan seolah-olah didalam Desquera”Tak payah bekerja”. Duit datang, masuk terus ke dalam kad Impian Mastercard tanpa perlu bekerja-Jangan sesekali memberi gambaran begini apatah lagi menerangkannya begitu.
-Memang dengan memberi gambaran begitu kan menarik ramai orang kerana sifat semulajadi manusia ialah mendapat sesuatu yang banyak tanpa perlu berkerja bersusah payah.
-Sekiranya disebut juga pasti akan menyebabkan kegagalan kerana:
1)Semasa menerangkan anda berasa tidak yakin kerana anda sendiri pun tahu bahawa mustahil boleh memperolehi pendapatan tanpa perlu bekerja.
2)Orang ramai sudah meluat dengan ‘gula-gula’ begitu. Ingat anda bukan sahaja menaja orang bodoh yang boleh digula-gula sebaliknya orang sekarang bijak belaka.

-Jadi sebaik-baiknya jangan sesekali membuat gambaran tentang ‘tak payah bekerja’. Membuat gambaran pun jangan apatah lagi memnyebutnya.Bagaimana jika anda pula yang ditanya. Jawab dengan berhikmah,”Apa pendapat anda kalau kita dapat kerja kemudian duduk diam-diam, bolehkah cukup bulan nanti kita mengambil gaji?.

http://www.impianwarisan.com/

SEBELUM MENAJA

April 30, 2008

http://www.impianwarisan.com

Apa yang perlu anda lakukan sebelum menaja? Apabila anda menaja, bermakna anda sedang mengusahakan dan menjayakan Pelan Pemasaran Impian Warisan.Wang,harta dan kejayaan hanya jika pelan Pemasaran Impian Warisan berjaya. Jika gagal, impian anda hanya tinggal impian.Pelan Impian Warisan Desquera hanya boleh dijayakan jika anda menaja. Itulah Langkah anda untuk menjayakan pelan Impian Warisan Desquera. Ia adalah berkait antara satu sama lain dan ia juga adalah asas kejayaan anda di dalam desquera:

1- Impian anda hanya boleh dicapai jika produk desquera dapat ketangan pengguna. Berapa banyak? Sebanyak mungkin berulang-ulang. Adalah mustahil anda boleh menjual produk desquera dengan begitu banyak seorang diri. Kerana itu,anda perlu menaja,kerana menaja sebenarnya ialah mencari orang yang mahu sama-sama memasarkan produk.
2- Pelan pemasaran dicipta adalah untuk memasarkan produk. Ganjaran yang terdapat didalam pelan pemasaran adalah berasaskan jumlah jualan produk.Jadi sebenarnya, pelan pemasaran hanya boleh dijayakan jika anda menaja,mendapatkan orang (rakan kongsi) yang berminat untuk sama-sama memasarkan produk.
3- Kaitan ketiga-tiganya ialah memasarkan produk, pelan pemasaran, menaja jangan sekali-kali diputuskan. Ketiga-tiganya saling berkait.

Membina Jaringan
Tujuan sebenar menaja adalah untuk membina jaringan.Tujuan membina jaringan pula adalah untuk meluaskan pasaran produk dan dalam masa yang sama membina bisnes anda.Jaringan yang luas dan bisnes yang maju sudah tentulah menjadikan impian yang boleh diwarisi menjadi kenyataan.
Banyak salah faham tentang menaja ini.Salah anggap dan salah faham inilah yang menggagalkan usaha.
1- Menaja tidak menghasilkan bonus.Kesilapan;hanya menaja semata-semata tanpa memikirkan motif dan impak dari menaja.Motif menaja adalah untuk mendapatkan orang yang mahu bekerjasama memasarkan produk atau menyampaikan produk ke tangan pengguna. Menaja tidak menghasilkan bonus melainkan menaja itu adalah untuk mendapatkan orang dan jaringan yang berkerjasama memasarkan produk.
2- Tajaan bukan pekerja.Impiannya;menaja ramai-ramai dan duduk diam-diam goyang kaki,wang masuk setiap bulan.Sama seperti perkara lain di dunia ini untuk mendapatkan wang, anda mesti bekerja.
3- Menaja kemudian ditinggalkan. Hanya seronok menaja sahaja.Ini satu lagi kesilapan kerana tidak mengetahui motif dan impak menaja.Ada tugas lain yang penting sekali iaitu membina jaringan/bisnes.Anda mesti membimbing tajaan anda sehingga mereka boleh berdikari dan membina jaringan bisnes sendiri.
4- Tidak ada gunanya jika hanya anda seorang yang berjaya menaja tetapi tajaan anda tidak tahu atau tidak menaja.Kunci kajayaan sebenar di dalam Desquera ialah kerjasama,tolong menolong dan bantu membantu.Anggaplah sebagai keluarga yang disayangi,anda mesti menolong dan membantu tajaan anda.Bantu mereka menaja jika mereka tidak tahu atau belum berapa pandai menaja.
Membina jaringan dimulakan dengan membina kumpulan anda sendiri.Membina kumpulan pula dimulakan dengan membina tajaan baris pertama.Kerana itu dikatakan,tajaan baris pertama anda begitu penting sekali.Pastikan mereka boleh menjadi seperti anda iaitu meneruskan menaja dan memperoleh tajaan berkualiti.
Jangan hanya menaja sebaliknya tumpukan memperoleh tajaan berkualiti supaya akhirnya anda berjaya membina jaringan yang besar dan berjaya.

http://www.impianwarisan.com

KEMPEN-KEMPEN MENGUNTUNGKAN

April 26, 2008

http://www.impianwarisan.com

Dari masa ke semasa desquera sentiasa mengadakan kempen-kempen yang menarik. Tujuannya adalah untuk menambahkan lagi jualan dan keuntungan warga Desquera. Kempen-kempen tersebut memang menguntungkan warga Desquera.

A) Kempen Bebas Hutang
Bukan untuk menghapuskan hutang kerana ia adalah mustahil.Hutang hanya boleh dikurangkan bukan dihapuskan.Ini sebenarnya Kempen Bebas Hutang iaitu untuk mengurangkan hutang warga Desquera sendiri dan seterusnya sebahagian dari masyarakat Malaysia.
- Kad Impian Mastercard adalah kad pra bayar yang menggelakan anda dari menggunakan kad kredit(yang dikenakan faedah).
-Anda boleh mengatur perbelanjaan jika menggunakan kad tersebut kerana perbelanjaan anda bergantung kepada jumlah wang didalam kad tersebut.
-Ia menyamai dengan pembelian tunai kerana kad prabayar tersebut tidak boleh digunakan melainkan mengandungi wang jadi tidak akan terlibat dengan hutang.
-Keseluruhan bonus pendapatan anda di dalam Desquera( Harian, Mingguan,Bulanan Tahunan) akan dimasukan ke dalam kad pra bayar tersebut oleh sistem Desquera. Sekaligus merancang perbelanjaan bagi mengelakkan perbelanjaan melebihi pendapatan.

B) Kempen Berhenti Merokok Menjadi Kaya
Ramai perokok di Malaysia ini boleh menjadikan anda kaya.Percaya atau tidak?Bukan kaya dengan menjual rokok sebaliknya kaya dengan membantu orang berhenti merokok mengunakan produk S’Detox.Memperkenalkan dan memasarkan s’Detox boleh menjadikan anda dan warga Desquera di dalam kumpulan anda menjadi kaya.Mengapa? Kerana ramainya perokok di muka bumi ini.Kerana ramainya yang mencuba berhenti berkali-kali tetapi gagal.Mengesyorkan S’Detox adalah salah satu usaha anda untuk menjayakan kempen yang menguntungkan ini.
Namun jangan sesekali membuat anggapan seolah-olah ia produk ajaib kerana ia boleh menggagalkan usaha anda untuk menjadi kaya berlandaskan produk ini. Beritahulah seadanya.
Bagaimanapun anda amat beruntung kerana dibekalkan dengan senjata yang paling kuat dalam memperkenalkan S’Detox.Senjata yang dimaksudkan ialah testimoni mereka yang telah berjaya berhenti merokok dengan mengamalkan S’Detox.Bahkan anda tidak perlu bercakap apa-apa biarkan testimoni yang bercakap.

C) Kempen memiliki Harta
Dengan pelaksanaan pelan pemasaran Impian Warisan dengan penuh kesungguhan, warga Desquera mampu memilki harta idaman seperti rumah banglo,kereta mewah dan sebagainya.Namun demikian Desquera hanya menyediakan landasan sahaja,usaha adalah ditangan anda.
Mempelajari lebih lanjut tentang Pelan Impian Warisan Desquera,anda akan menemui ‘Reserved Wallet’.Semakin anda kuat berusaha,semakin besar kandungan ‘Reserved Wallet’ini.Dari Reserved Wallet tersebut anda akan dapat memiliki harta idaman anda.Kuncinya disini ialah ’setia berusaha’,iaitu berusaha dengan gigih dan setia.Ini kerana jika anda berhenti dari mengusahakan Pelan Impian Warisan,’Reserved Wallet’ bukan lagi milik anda. Pilihan anda ialah setia bersama Desquera, meneruskan dan berusaha dengan gigih sehingga harta impian anda diperoleh dengan mudah untuk diwariskan kepada keturunan anda.

MUTIARA KATA
1. Kualiti bukan terjadi dengan sendirinya;ia adalah hasil usaha yang berpanjangan.
2. Awasi perbelanjaan anda.Bocor yang kecil boleh menenggelamkan kapal yang besar.
3. Langkah pertama yang paling penting untuk mendapat apa yang anda hajati ialah mengenal pasti apa yang anda hajati.
4. Saya dengar,saya terlupa,saya lihat,saya ingat,saya melakukan,barulah saya faham.
5. Lebih bijak diri anda,lebih banyak yang perlu dipelajari.

http://www.impianwarisan.com

 

 

 

Malam Gemilang Warga Desquera

April 17, 2008
 
Malam Gemilang Warga Desquera &
Pelancaran Skim Menambah Pendapatan Usahawan Tekun Nasional
Disempurnakan oleh :
Dato’Noh Bin Haji Omar
(Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi)
Dengan kerjasama:
- Yayasan TEKUN Nasional
- Maybank
- Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tarikh: 26 April 2008 Masa : 8.00 malam
Nota: Bayaran RM100 dikenakan untuk setiap individu yang ingin hadir.Bagi warga MyDesquera sila dapatkan tiket di member area.
 

PERKENALKAN PRODUK TERLEBIH DAHULU

April 16, 2008
http://www.impianwarisan.com/

Perkenalkan produk terlebih dahulu sebelum memperkenalkan pelan pemasaran. Antara kelemahan memperkenalkan pelan pemasaran terlebih dahulu berbanding produk ialah seperti berikut:
-Ia akan hanya menarik kelompok manusia yang hanya mahu mencari’wang panas’
-memperkenalkan pelan pemasaran terlebih dahulu akan hanya membentuk imej ’skim cepat kaya’
-Tidak mungkin dapat kekal lama kerana mengikut keadaan masa lalu, akan terjadi teori Big Bang iaitu’ledakan’ dan kemudian sepi. Mengapa?Kerana yang berminat hanyalah mereka yang mahukan wang segera atau wang panas. Jika sekiranya lambat atau tiada wang segara diperoleh, mereka akan lari kepada syarikat lain. Ini bukan perkara baru sebaliknya telah lama terjadi dan masih terjadi di dalam industri MLM.
-Ia bertentangan dengan cara sebenar MLM di jalankan. Sejak MLM mula diperkenalkan, produk didahulukan sebelum pelanpemasaran. Jika terbalik,pasti menghasilkan kegagalan.
- Sekali lagi, ia bertentangan dengan dengan cara sebenar MLM dijalankan. Pelan pemasaran duwujudkan untuk memasarkan produk, bukan sebaliknya ( produk disediakan untuk menjayakan pelan pemasaran )

Memperkenalkan produk terlebih dahulu sebelum memperkenalkan pelan pemasaran adalah sebahagian daripada sistem pendidikan Desquera.

SEMUA PRODUK DESQUERA ADALAH ‘KILLER PRODUCT’

Produk Desquera dari produk ‘ilmu’ hinggalah kepada produk’kesihatan’ semuanya dikategorikan sebagai ‘Killer Product’.Tidak ada yang lebih laris atau kurang laris kesemuanya laris dan boleh menjadi laris jika ia dipromosikan dengan betul.

Mungkin anda tidak ada masa untuk memperkenalkan kesemua produk Desquera kerana ia begitu banyak.Olehitu pilihlah satu produk yang selesa untuk anda menerangkan.Kerana itulah penting sekali anda menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Desquera dari semasa ke semasa untuk mengetahui kelebihan dan mengaitkan produk tersebut dengan keperluan tajaan anda.Selepas itu baru kaitkan produk tersebut dengan pelan pemasaran.
Cara yang betul menerangkan produk adalah :

1) Jangan hanya memnerangkan kelebihan dan ciri-ciri produk,sebaliknya tumpukan kepada faedah.Ingati kata-kata penting didalam penjualan “Saya bukan hendakkan sabun,bahkan tangan yang bersih”.
2) Kaitkan produk dengan masalah yang dihidapi oleh bakal tajaan.Semua orang mempunyai masalah kewangan,kesihatan,keluarga dan kehidupan.Bagaimanapun jangan kaitkan secara lansung,sebaliknya gunakan cara tidak langsung.
3) sentiasa membawa dan menunjukkan testimoni.Biarkan testimoni ‘bercakap’
4) Kurangkan bercakap lebihkan mendengar.

Sentiasa Bawa 3 Produk dan Testimoni

Jika berkemampuan anda boleh membawa semua produk tetapi jika tidak mampu anda boleh membawa sekurang kurangnya 3 produk iaitu :
-Kad Impian Mastercard
-Desquera Trace mineral
-Desquera S’Detox

Ia dikatakan adalah produk wajib yang midah dijual dan ada kaitan dengan kempen yang sedang dijalankan oleh Desquera:
-Kad Impian Mastercard ada kaitan dengan’Kempen Bebas Hutang’-Desquera S’Detox ada kaitan dengan kempen’Berhenti Merokok Menjadi Kaya’-Keseluruhan produk Desquera boleh dikaitkan dengan kempen memiliki Harta’

KAD IMPIAN MASTERCARD
-semua bonus akan dimasukkan ke dalam kad,boleh keluarkan melalui ATM atau gunakan untuk berbelanja.-Kad ini ialah kad prabayar.Ada orang menyebutnya sebagai kad debit jika ada wang didalamnya barulah boleh digunakan.

DESQUERA S’DETOX
-Produk ini menjadi terkenal dalam masa yang singkat kerana keberkesanannya.Pengiklanan dan pendedahannya di media termasuk TV menjadikannya terkenal dan memudahkan anda untuk menjualnya.Terangkan mengenai faedahnya iaitu menghilangkan rasa ketagihan merokok yang boleh dibuktikan dengan testimoni.

DESQUERA TRACE MINERAL
-Produk ini adalah keperluan kerana setiap tubuh badan manusia memerlukan trace mineral atau mineral mikro.Sumber dari makanan dan minuman kita seharian tidak mencukupi kerana itu perlu mengambil minuman tambahan ini bagi memenuhi keperluan badan.Kerana produk ini adalah keperluan tidak menjadi masalah untuk terangkan faedah produk.

http://www.impianwarisan.com/

MENGAPA IMPIAN WARISAN?

April 12, 2008

http://www.impianwarisan.com

Nama ini dipilih kerana ia paling sesuai sekali untuk menggambarkan faedah dan keuntungan yang akan anda peroleh bila anda memasarkan produk Desquera. Pelan pemasaran dicipta untuk memasarkan produk. Ganjaran yang akan diperolehi (dalam bentuk wang) adalah berdasarkan jumlah produk yang sampai ketangan pengguna. Jangan keliru kerana itulah tujuan utama pelan pemasaran. Anda diberi upah dalam bentuk wang bonus atas semua usaha anda memasarkan produk.

Setiap Orang Ada Impian
Bukan semua orang yang berani untuk mempunyai impian. Ada pula yang berani mempunyai impian tetapi hanya sekadar berani dalam bentuk impian, apabila tiba peringkat untuk bertindak melaksanakan impian, tiba-tiba semangat hilang dan takut. Kejayaan hanya datang bila kita berani merealisasikan impian. Setakat impian kosong semua orang boleh kerana impian itu mudah tidak perlu sebarang perbelanjaan.
Di Desquera, warga Desquera digalakkan menyimpan impian. Bahkan sebelum menjadi warga Desquera,kita akan diberitahu bahawa Desquera boleh dijadikan landasan untuk mencapai impian. Sesudah mendaftar sebagai warga Desquera digalakkan supaya:

Mempunyai impian mempertingkatkan kehidupan ke arah kehidupan yang lebih baik
mempunyai impian menjadi lebih baik dari tahun lepas, bulan lepas, minggu lepas dan semalam.
Percaya tanpa berbelah bagi bahawa impian tersebut boleh dicapai dengan jayanya
Diberi bimbingan dan cara untuk mencapai impian
Digalakkan, diberikan bimbingan supaya jangan hanya bermimpi sebaliknya mengambil langkah pertama dan seterusnya untuk mencapai impian.

Impian Jangan Kecil
Impian yang kecil menyebabkan anda tidak menghargainya. Bahkan anda tidak akan mempedulikannya. Memang begitu sikap manusia jika kecil memang tidak dipandang.Jadi jangan sesekali memulakan impian dan mempunyai impian yang kecil. Impian yang kecil dan mudah digapai menyebabkan enggan bergerak menuju impian itu. Oleh itu besarkan sedikit impian anda supaya anda akan memberi lebih perhatian berbanding kecil.

Impian Jangan Terlalu Besar
Tidak salah berimpian besar kerana impian yang besar menyebabkan anda menganggapnya penting kerana itulah sifat manusia yang lebih respon kerana sesuatu yang banyak dan besar dan disukai, tetapi jangan menghadkan impian anda kepada impian kecil. Namun satu peringatan yang paling penting iaitu impian anda jangan terlalu besar hinggakan anda sendiri takut dan tidak yakin untuk mencapainya dan mendekatinya.

Impian anda mestilah besar sehingga tahap yang anda sendiri percaya boleh dicapai. Kesimpulannya impian mestilah besar tapi tidak boleh terlalu besar. Impian mestilah sampai kepada had yang boleh dipercayai dapat dicapai.

Jangan Hanya Impian
Masalah utama dari dulu hingga kini ialah impian hanya sekadar impian. Impian tidak akan terlaksana jika tidak ada sebarang usaha untuk menukar impian kepada realiti. Kerana itu anda berasa sangat beruntung kerana di Desquera kita menyediakan landasan untuk menukar semua impian menjadi realiti. Bukan hanya disediakan landasan malah disediakan juga cara dan panduan untuk mencapai impian. Itulah keistimewaan di Desquera.

Impian Yang Diwarisi
Anda membina impian kemudian berjaya merealisasikan impian itu. Adakah setakat itu sahaja?Mestilah tidak kerana bisnes dan impian yang telah dicapai dan terbina akan diwarisi kepada anak-anak anda. Anda berusaha merealisasikan impian dengan landasan yang disediakan sampai masa anak pula yang akan mewarisi hasil dari impian anda itu. Oleh itu lakukan yang terbaik supaya menghasilkan realiti yang terbaik. Naluri ibubapa adalah sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak jadi buatlah sebaik mungkin, berusaha sebaik mungkin didalam Desquera supaya dapat yang terbaik.
 
http://www.impianwarisan.com

SELAMAT DATANG!

April 12, 2008
Selamat Datang! ke blog Jutawandesquera.wordpress.com.D sini kami ingin berkongsi pelbagai maklumat tentang peluang menambahkan pendapatan dan peluang perniagaan yang ditawarkan oleh Desquera.com.Klik di sini sekarang untuk mendapatkan maklumat terkini.

Hello world!

April 10, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!